Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia
جابتن ايميڬريسين مليسيا
马来西亚移民局
மலேசிய குடிவரவு துறை
Logo Jabatan Imigresen
Intisari agensi
Dibentuk1 April 1976 (1976-04-01)
Ibu pejabatNo. 15, Tingkat 1-7 (Podium) & Tingkat 1-4 (Menara), Blok 2G4, Persiaran Perdana, Presint 2, 62550 Putrajaya
Kakitangan496 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 231,884,300 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Dato' Zakaria Shaaban, Ketua Pengarah
Laman sesawang
www.imi.gov.my

Jabatan Imigresen Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ايميڬريسين مليسيا) merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap, dan Warganegara Asing yang berkunjung ke Malaysia. Ibu pejabat pertama Jabatan Imigresen Malaysia terletak di Pulau Pinang dan ditubuhkan pada tahun 1947. Ibu pejabat Imigresen dipindahkan beberapa kali dalam kawasan Kuala Lumpur sehingga pada bulan September 2004, di mana ia dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perpindahan ini dilakukan secara berperingkat sebagai langkah untuk memastikan proses kerja dapat dijalankan dengan sempurna.