J

Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

J ialah huruf kesepuluh dalam abjad Rumi, dan huruf terakhir yang ditambah dalam kalangan 26 huruf sepanjang sejarah pembangunan abjad tersebut.

Ia melambangkan bunyi konsonan letusan lelangit-gusi bersuara /dʒ/ diaturkan dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan yang disetujui dua-dua pihak Malaysia dan Indonesia untuk bahasa-bahasa baku mereka pada tahun 1972. Sebelum itu, huruf ini digunakan dalam sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia melambangkan malaran tak geser lelangit /j/ yang digantikan seragam menggunakan huruf Y. Penutur di Malaysia cenderung menyebut huruf ini sebagai jei mengikut bahasa Inggeris (disebut /dʒeɪ/) manakala penutur di Indonesia cenderung menyebut huruf ini sebagai "je" (, /dʒe/).