|
Cari r atau r dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
R ialah huruf Rumi moden yang ke-18. Penutur di Malaysia, Singapura dan Brunei cenderung menyebut huruf ini sebagai ar (IPA: [ɑr]) mengikut bahasa Inggeris manakala penutur di Indonesia cenderung menyebut huruf ini sebagai ér (IPA: [ɛr]) mengikut bahasa Belanda.
Ia melambangkan bunyi konsonan getaran gusi /r/ yang wujud dalam bahasa-bahasa Melayu baku Malaysia, Brunei dan Indonesia pada suku kata awal dan tengah sesepatah perkataan; di hujung katanya pula dibunyikan dalam sebutan baku Indonesia dan Singapura tetapi gugur pada sebutan Malaysia dan Brunei.