Irmohizam Ibrahim
Irmohizam Ibrahim | |
|---|---|
| ايرموهيزم إبراهيم | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Selangor | |
| Dalam jawatan 2013–2018 | |
| Didahului oleh | Dzulkefly Ahmad |
| Digantikan oleh | Dzulkefly Ahmad |
| Majoriti | 460 (PRU-13) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 6 April 1976 Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
| Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (LLB) Universiti Kebangsaan Malaysia (LLM & PhD) Universiti Teknologi MARA (MBA) |
| Pekerjaan | Ahli Korporat & Ahli Politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam Bertauliah |
Datuk Seri Dr. Haji Irmohizam bin Ibrahim (Jawi: ايرموهيزم إبراهيم; lahir 6 April 1976) ialah Pengarah Urusan Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur, Malaysia (WTCKL) dan merupakan tokoh korporat.
Pada tahun 2020, beliau telah mencipta sejarah apabila World Trade Centers Association (WTCA) menamakan Dato’ Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik (Persidang & Pameran). Beliau memainkan peranan mempengerusikan, menetapkan agenda mesyuarat dan menentukan hala tuju untuk semua World Trade Centers seluruh Asia Pasifik. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama yang berjaya menyandang kerusi dalam WTCA ini. Beliau juga adalah rakyat Malaysia pertama yang dilantik untuk menganggotai Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA). Beliau menerima anugerah "Corporate Excellence in the Hospitality & Tourism Sector for Transformative Meetings, Incentives, Conferences & Exhibitions (MICE) Management" di "The International Business Review ASEAN Awards" untuk World Trade Centre Kuala Lumpur.