Hassan Adli Mohd Arshad
Yang Berbahagia Dato' Haji Hasan Adli Mohd Arshad DPCM (Perak); JSM | |
|---|---|
| Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan | |
| Dalam jawatan 5 Mac 1976 – 8 Julai 1978 | |
| Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat | |
| Dalam jawatan 5 September 1974 – 4 Mac 1976 | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Bagan Datok, Perak | |
| Dalam jawatan 1974–1982 | |
| Didahului oleh | Sulaiman Bulon |
| Digantikan oleh | Yahya Zakaria |
| Dalam jawatan 1959–1964 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Wan Abdul Kadir Ismail |
| Kawasan pilihan raya | Kuala Terengganu Utara |
| Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia | |
| Dalam jawatan 1969–1977 | |
| Presiden | Mohd Asri Haji Muda |
| Didahului oleh | Mohd Asri Haji Muda |
| Digantikan oleh | Abu Bakar Umar |
| Duta Besar Malaysia Ke Republik Arab Mesir | |
| Dalam jawatan November 1978 – Oktober 1981 | |
| Raja | Sultan Haji Ahmad Shah |
| Didahului oleh | Shahuddin Mohd Taib |
| Digantikan oleh | Abdullah Zawawi Mohamed |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 17 April 1929 Perak Darul Ridzuan |
| Meninggal dunia | 1 Oktober 1987 (umur 58) |
| Parti politik | Barisan Nasional (1977-1983) Parti Islam Se-Malaysia (sehingga 1977, 1983-1987) |
| Anak | Ata Abdul Munim |
Dato' Haji Hasan Adli bin Mohd Arshad (Pak Aji) (17 April 1929 – 1 Oktober 1987) merupakan ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Menteri Wilayah Persekutuan pertama di Malaysia (dahulunya Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan), dan bekas Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari 1962 hingga 1972. Beliau merupakan salah satu dari 12 orang ahli Jawatankuasa Rukun Negara yang dilantik Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua Malaysia pada tahun 1970 yang menggubal Rukun Negara Malaysia bersama tokoh-tokoh negara seperti bekas Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin, Profesor Dr. Syed Hussein Alatas dan Tan Sri Muhammad Ghazali bin Shafie. Beliau juga telah mewakili Malaysia ke Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations General Assembly) di New York pada tahun 1975. Beliau menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1974 dan 1978 bagi kawasan Bagan Datoh, Perak.