Artik

Artik adalah rantau sekitar Kutub Utara, bertentangan dengan rantau Antartika sekitar Kutub Selatan. Di hemisfera utara, Artik termasuklah Lautan Artik (yang bertindih dengan Kutub Utara) dan bahagian-bahagian Kanada, Greenland (sebuah wilayah Denmark), Rusia, Amerika Syarikat (Alaska), Iceland, Norway, Sweden dan Finland.

Nama Artik dijejak daripada perkataan ἀρκτικός arktikos "utara" dalam bahasa Yunani, daripada ἄρκτος arktos bermaksud "beruang"; rantau ini dinamakan daripada nama Ἄρκτος Μεγάλή Arktos Megale yang dipakaikan kepada buruj Ursa Major ("Beruang Besar"), kerana kedudukannya yang terletak di arah utara.