Dewan Bahasa dan Pustaka
Lambang daun lontar diapit kalam daun resam DBP rekaan Hussien Enas tahun 1957 | |
| Nama asli | Dewan Bahasa Dan Pustaka |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Badan berkanun |
| Ditubuhkan | 22 Jun 1956 |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur (ibu pejabat dan Menara DBP), Malaysia |
| Tokoh penting | Anwar Ridhwan, (Pengerusi Pengelola) Hazami Jahari (Ketua Pengarah |
| Perkhidmatan | Memartabatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu |
| Tapak web | www.dbp.gov.my |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "caption"
Dewan Bahasa dan Pustaka (singkatan: DBP, Jawi: ديوان بهاس دان ڤوستاک) atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara tersebut selaku bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Pada 22 Jun 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50. Sempena ulang tahun tersebut Pos Malaysia melancarkan setem kenang-kenangan ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menampilkan setem bernilai 50 sen (dua rekaan) dan seringgit (RM100).