Cinta Buatan Malaysia

Cinta Buatan Malaysia
Album studio oleh
Search
Dilancarkan pada1985
TempatMalaysia
GenreRock, Heavy Metal, Hard Rock
SyarikatPolygram Records
PenerbitM. Nasir
Kronologi Search
Cinta Buatan Malaysia
(1985)
Langit Dan Bumi
(1986)
sunting · sunting di Wikidata

Cinta Buatan Malaysia ialah album studio pertama yang dirakam oleh kugiran Search sejak diasaskan pada tahun 1977. Album terbitan M. Nasir (dengan bantuan Eric Yeo sebagai pengurus penerbitan) ini dirakam di Lion Studio, Singapura, di bawah bimbingan jururakam Johnny Herbert dan Eddie Seet sebelum keluar di pasaran pada Julai 1985.

Kumpulan Search pada ketika itu dianggotai oleh 3 orang sahaja iaitu Suhaimi Abdul Rahman @ Amy (vokal), Nordin Mohd Taib @ Din (gitar irama) dan Yazit Ahmad @ Yazit (dram) setelah Hillary Ang (gitar utama) dan Nasir Daud (bass) telah menarik diri atas sebab-sebab tertentu. Tempat mereka digantikan oleh Amran Marsiman @ Yan (bass) dan Abdul Rahman Mahmood @ Man Kidal (gitar utama) dari kumpulan Lefthanded sebagai dua anggota baharu selepas kumpulan Lefthanded telah berkubur dan dihidupkan kembali pada tahun 1986.

Tiga daripada sepuluh lagu dalam album ini adalah rakaman semula, iaitu "Sirih Gambir" (asalnya lagu "You Really Got Me" oleh The Kinks), "Nombor" (asalnya lagu "Tokyo" oleh Earth Shaker), dan "Jiwa-Jiwa Luka" (asalnya lagu "Rupa Tanpa Wajah" oleh M. Nasir); yang selebihnya merupakan karya asli. Dua buah lagu iaitu "Cinta Pertama" dan "Jiwa Jiwa Luka" adalah nyanyian Yan selainnya oleh Amy.