Langit Dan Bumi
| Langit Dan Bumi | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh Search | ||||
| Dilancarkan pada | 1986 | |||
| Genre | Heavy Metal, Glam Metal, Hard Rock | |||
| Syarikat | Polygram Records | |||
| Penerbit | M. Nasir | |||
| Kronologi Search | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Langit Dan Bumi ialah album studio kedua rakaman kumpulan Search. Seperti album debut mereka, Cinta Buatan Malaysia, album ini diterbitkan oleh M. Nasir, dirakam di Lion Studio, Singapura, dan diedarkan oleh label Polygram Records.
Ketika ini, kumpulan Search dianggotai oleh Amy (vokal), Hillary Ang (gitar utama), Din (gitar irama), Nasir (bass) dan Yazit (dram). Album pertama ini menampilkan Hillary dan Nasir kembali menganggotai Search sebagai dua anggota baharu untuk menggantikan tempat Man Kidal dan Yan menarik diri selepas album pertama Search, Cinta Buatan Malaysia dipasarkan.