Al-Mansur

Al-Mansur
المنصور
Khalifah
Amirul Mukminin
Dinar emas al-Mansur
Khalifah Kedua Kerajaan Bani Abbasiyah
Pemerintahan10 Jun 754 – 6 Oktober 775
Didahului olehAs-Saffah
Diikuti olehAl-Mahdi
Keputeraans. 714
Humeima, Bilad al-Sham
(kini Jordan)
Kemangkatan6 Oktober 775 (umur 61)
Berdekatan Makkah, Kerajaan Bani Abbasiyah
(kini Arab Saudi)
PemakamanJannat al-Mu'alla
Pasangan
  • Arwa bint Mansur
  • Hammadah bint Isa
  • Fatimah bint Muhammad
Anakanda
Nama penuh
Abu Ja'far Abd Allah ibn Muhammad al-Mansur
WangsaDinasti Abbasiyah
AyahandaMuhammad ibn Ali
BondaSallamah
AgamaIslam

Al-Mansur, atau nama sebenarnya Abu Ja'far Abdullah ibn Muhammad al-Mansur (712–775; Arab: ابو جعفر عبدالله ابن محمد المنصور) merupakan khalifah Abbasiyyah kedua. Baginda telah diputerakan di al-Humaymah, rumah wangsa Abbasiyyah selepas penghijrahan mereka daripada Hijaz pada tahun 687–688. Bapanya, Muhammad, adalah cicit kepada 'Abbas bin Abdul Muttalib, bapa saudara Rasulullah, dan bondanya pula ialah seorang wanita Barbar. Baginda telah memerintah bermula pada tahun 754 hingga 775 Masihi. Pada tahun 762, baginda telah membina kediaman khalifah baru dan kota istana kota Madinat as-Salam, yang mana kemudian menjadi teras bagi ibu kota khilafah, Baghdad.