Hijaz

Hijaz (Arab: ٱلْحِجَاز, rumi: al-Ḥijāz "tembok"; diinggeriskan kepada Hejaz) adalah sebuah wilayah di sebelah barat Arab Saudi ditakrifkan terutamanya sebagai kawasan pergunungan yang membahagi atau memisahkan (justeru terbitan kata kerja حَجَزَḥajaza "mengasingkan") kawasan pesisiran di Laut Merah yakni Tihamah di belah barat dan Najd di belah timurnya menjangkau dari Haql di Teluk Aqaba sehingga ke Jazan.

Wilayah Hijaz menempatkan kota-kota Mekah dan Madinah sekaligus memiliki kepentingan sejarah dan politik kepada umat Islam terutamanya penganut dalam kalangan bangsa Arab.