Zionisme Kristian

Zionisme Kristian ialah fahaman mendukung keberadaan entiti politik moden Israel (Zionisme) dalam kalangan penganut mazhab-mazhab Protestan Kristian (evangelikal) tertentu atas kepercayaan bahawa penubuhan entiti tersebut adalah tanda utama Kedatangan Kedua tokoh Yesus seterusnya memulakan Kiamat yang diceritakan kitab Perjanjian Lama pegangan mereka.

Aliran ini paling menyerlah di Amerika Syarikat dan cepat tersebar berikutan Perang Enam Hari yang meletus pada tahun 1967, dengan dorongan lagi paderi-paderi terkenal seperti Billy Graham, Jerry Falwell dan Pat Robertson yang turut mendukung fahaman konservatisme sepanjang 1980-an dan 1990-an; Falwell sendiri menyatakan bahawa "menentang Israel itu [adalah sama seperti] menentang Tuhan". Pungutan suara dilakukan pada tahun 2017 menunjukkan sokongan kepada pendirian Israel sebagai tiang utama pegangan politik 80% penganut Kristian evangelikal.