Perjanjian Lama


Agama Yahudi menggunakan istilah Tanakh untuk merujuk kepada peraturan-peraturan agamanya, yang kemudian diambil sebagai Perjanjian Lama dalam agama Kristian. Dalam akademik, istilah Alkitab Ibrani selalunya digunakan untuk merujuk kepada Tanakh atau Perjanjian Lama.

Perjanjian Lama (bahasa Inggeris: Old Testament atau OT) dalam agama Kristian adalah kitab suci yang pertama dalam dua bahagian kitab suci agama Kristian (satu lagi adalah Perjanjian Baru). Perjanjian Lama berkait dengan kitab suci agama Yahudi Tanakh dengan beberapa variasi dan tambahan. Dalam agama Kristian Ortodoks, teks yang sama dikenali sebagai Septuagint yang diterjemahkan dari bahasa Greek.

Perjanjian Lama dianggap kitab suci untuk kedua-dua penganut Yahudi dan Kristian. Mereka percaya Tuhan memberi inspirasi untuk manusia menulisnya. Kitab ini mengandungi buku yang berbeza dan ianya mengenai Tuhan, dan orang Israel.