Pat Robertson

Pat Robertson
Robertson di acara Operasi Keberkatan Antarabangsa di Victory Fellowship Church, Metairie, Louisiana, dalam rangka berbelasungkawa terhadap mangsa Taufan Katrina (12 Februari 2006)
Kelahiran
Marion Gordon Robertson

(1930-03-22) 22 Mac 1930
Lexington, Virginia, Amerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Washington and Lee (B.A.)
Sekolah Undang-undang Yale (J.D.)
Seminari Teologi New York (M.Div.)
PekerjaanCanselor Universiti Regent, Ketua CBN, Evangelis
Parti politikParti Republikan
PasanganAdelia Elmer
Anak-anakTimothy Bryan Robertson
Elizabeth Faith Robertson
Gordon Perry Robertson
Anne Carter Robertson
Ibu bapaAbsalom Willis Robertson
Gladys Churchill

Marion Gordon "Pat" Robertson atau nama masyhurnya Pat Robertson (lahir 22 Mac 1930) ialah seorang paderi evangelis aliran Protestan Southern Baptist dari Amerika Syarikat; dia pengasas kepada beberapa yayasan dan pertubuhan seperti Christian Broadcasting Network (CBN).

Pat mengacarakan rancangan keagamaan The 700 Club yang disiarkan CBN ke seluruh Amerika Syarikat malah menjangkaui seluruh dunia; rancangan keagamaan ini dipergunakannya sebagai wahana mempengaruhi ahli-ahli politik negara tersebut dengan ideologi konservatif Kristian terutamanya gagasan sokongan mempertahankan keberadaan entiti Israel yang difikirkan boleh mempercepatkan hari kiamat dalam ajaran evangelisme Kristian (Zionisme Kristian) dipegangnya. Dia sendiri menganggap banyak aliran Protestan selain yang dipegangnya sebagai menyeleweng bahkan menganggap agama-agama Hindu dan Islam sebagai "kesyaitanan".