Perang Enam Hari

Perang Enam Hari
(Konflik Arab-Israel)

Askar-askar IDF di Tembok Barat Jerusalem tidak lama selepas penawanannya.
Tarikh5 Jun 196710 Jun 1967
Lokasi
Keputusan Kemenangan Israel
Perubahan
wilayah
Israel menawan Genting Gaza dan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Tebing Barat (termasuk Jerusalem Timur) daripada Jordan, dan Bukit Golan daripada Syria.
Pihak yang terlibat
Israel Mesir
Syria
Jordan
Iraq
Didukung oleh:
PLO
 Lubnan
Komandan dan pemimpin
Yitzhak Rabin,
Moshe Dayan,
Uzi Narkiss,
Israel Tal,
Ariel Sharon
Abdel Hakim Amer,
Abdul Munim Riad,
Zaid ibn Shaker,
Hafez al-Assad,
22px Omar Hamid al-Sheikh
Kekuatan
50,000 askar (264,000 termasuk askar simpanan yang disuruh bersiap sedia); 197 pesawat penempur 280,000 askar (Mesir 150,000; Syria 75,000; Jordan 55,000); 812 pesawat penempur
Kerugian dan korban
779 kematian,
2,563 kecederaan,
15 tawanan
(pengorbanan rasmi)
21,000 kematian,
45,000 kecederaan,
6,000 tawanan
melebihi 400 pesawat dimusnahkan
(anggaran)

Perang Enam Hari (Tulisan Jawi: ڤرڠ انم هاري; Bahasa Ibrani: מלחמת ששת הימים Milkhemet Sheshet HaYamim, Bahasa Arab: حرب الأيام الستة ḥarb al-ayyām al-sittaṯ), juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, merupakan peperangan antara Israel dan negeri-negeri Arab, iaitu Mesir, Jordan, dan Syria.

Apabila Mesir mengusir keluar Pasukan Kecemasan PBB dari sempadan Mesir-Israel dan menambahkan bilangan angkatan tenteraannya dekat sempadan, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan tentera udara Mesir kerana bimbang serangan akan dilakukan oleh Mesir. Jordan pula menyerang bandar Israel Baitulmaqdis dan Netanya. Pada akhir perang, Israel berjaya menguasai Genting Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat, dan Bukit Golan. Kesan perang ini mempengaruhi geopolitik kawasan Timur Tengah sehingga hari ini.