Palanivel Govindasamy

Palanivel Govindasamy
பழனிவேல் கோவிந்தசாமி
Presiden ke-8 Kongres India Malaysia (MIC)
Dalam jawatan
6 Disember 2010 – 23 Jun 2013
TimbalanSubramaniam Sathasivam
Didahului olehSamy Vellu
Digantikan olehSubramaniam Sathasivam
Jawatan menteri
1995–1999Setiausaha Parlimen bagi Perpaduan Nasional dan Pembangunan Masyarakat
1999–2004Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
2004–2009Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Malaysia
2009–2011Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
2011–2013Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
2013–2015 Menteri Sumber Asli
Gabungan politik yang diwakili dalam Dewan Rakyat
1990–2008Barisan Nasional
2013–2018Barisan Nasional
Gabungan politik yang diwakili dalam Dewan Negara
2010–2013Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Palanivel s/o K. Govindasamy

(1949-03-01)1 Mac 1949
Penang, Persekutuan Tanah Melayu (KiniMalaysia)
Meninggal dunia17 Jun 2025(2025-06-17) (umur 76)
Kuala Lumpur, Malaysia
KerakyatanRakyat Malaysia
Parti politikKongres India Malaysia (MIC) (1968–2014)
Bebas (2014–2025)
PasanganKanagam Palanivel
Anak4
KediamanKuala Lumpur
Tempat belajarUniversiti Malaya
(Sarjana Muda Sastera)
Pekerjaanahli politik
Wartawan
Guru
Laman webwww.gpalanivel.com.my

Yang Berbahagia Datuk Seri Palanivel Govindasamy (Tamil: பழனிவேல் கோவிந்தசாமி; (lahir 1 Mac 1949 – 17 Jun 2025) atau lebih dikenali sebagai G. Palanivel atau Palani adalah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan ahli dan pernah berkhidmat sebagai Presiden ke-8 Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN), dari Disember 2010 hingga Jun 2013.. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dari Mei 2013 hingga Julai 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Ogos 2011 hingga Mei 2013, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Timbalan Menteri Kebajikan dan Pembangunan Keluarga. Beliau merupakan seorang Senator dari Mei 2010 hingga Mei 2013, Ahli Parlimen (MP) bagi Cameron Highlands dari Mei 2013 hingga Mei 2018 dan Hulu Selangor dari Oktober 1990 hingga Mac 2008.