Diari Romeo
| Diari Romeo | |
|---|---|
Poster keluaran tayangan | |
| Pengarah | Zulkifli M. Osman |
| Penulis | Aziz M. Osman |
| Dihasilkan oleh | Gayatri Su-Lin Pillai (eksekutif) |
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Jeffri Yusof |
| Disunting oleh | Aziz M. Osman |
| Muzik oleh | Azman Abu Hassan |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan | 28 Ogos 2003 (Malaysia) |
Masa tayangan | 102 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM 1.5 juta |
| Pecah panggung | RM 1 juta |
Diari Romeo ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2003 arahan sulung Zulkifli M. Osman dengan skrip oleh Aziz M. Osman. Ia berkisarkan tentang Dani, seorang remaja yang tiada keyakinan diri dan tidak boleh berdikari mengurus hal sendiri. Dibintangi oleh Achik Spin, Zachery Francis, Sharifah Nadia, Fendi X-Factor, Masnaida Samsudin, filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 28 Ogos 2003. Ini merupakan satu-satunya filem lakonan Achik dalam kerjayanya sebagai pelakon dan ia dikeluarkan 7 tahun sebelum kematian beliau.