Kanang anak Langkau: The Iban Warrior
| Kanang anak Langkau: The Iban Warrior | |
|---|---|
| Pengarah | Bade Hj. Azmi |
| Penulis | Bade Hj. Azmi Zainal Fikri Asmira Suhadis |
| Dihasilkan oleh | Zainal Fikri M. Ali |
| Dibintangi | Langgi anak Kanang Adi Putra Johan As'ari Livonia Ricky Guing Jimmy Leong |
| Sinematografi | Azla Kamaruddin |
| Disunting oleh | Rodzee Abd Razak |
Syarikat penerbitan | Tangan Seni Sdn. Bhd. |
| Diedarkan oleh | Empire Film Solutions |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 106 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu Iban |
Kanang anak Langkau: The Iban Warrior ialah sebuah filem drama biografi sejarah Malaysia 2017 arahan Bade Hj. Azmi dengan skrip ditulis bersama oleh Zainal Fikri dan Asmira Suhadis, yang memperincikan tentang kehidupan dan kerjaya perajurit, Kanang anak Langkau. Filem ini dibintangi oleh Langgi anak Kanang yang memegang watak sebagai bapanya, bersama Adi Putra, Johan As'ari, Livonia Ricky Guing, Jimmy Leong, Adam Shah, Aidil Aziz, Ruzana Ibrahim dan Zachery Francis. Filem ini ditayangkan pada 16 Mac 2017.