Rashid Rida

Rashid Rida
NamaMuhammad Rashid Rida
Lahirمحمد رشید رضا
23 September 1865 atau 17 Oktober 1865
Ottoman Syria, Ottoman Empire (now Syria)
Wafat22 Ogos 1935 (aged 69)
Kaherah, Egypt
NegaraOttoman
DenominasiSalafi
Karya yang popularTafsir al-Manar
dipengaruhi oleh

Muhammad Rashid Rida (Arab: محمد رشيد رضا; Muḥammad Rashīd Riḍā; Ottoman Syria, 23 September 1865 or 18 October 1865 –Egypt, 22 August 1935) merupakan pengubah Islam awal, yang pendapatnya kemudian akan mempengaruhi pemikir Islam kurun ke-20 berikutnya untuk membangunkan falsafah politik bagi "negara Islam". Rida dikatakan sebagai sarjana paling berpengaruh dan kontrovesi bagi generasinya dan amat dipengaruhu secara mendalam olah Gerakan Salafi awal dan pergerakan bagi Memodenkan Islam diasaskan di Kaherah oleh Muhammad Abduh.

Rida dilahirkan berhampiran dengan Tripoli di Al-Qalamoun, (sekarang di Lebanon tetapi kemudian menjadi sebahagian daripada Syria Uthmaniyah dalam Empayar Uthmaniyah). Pendidikan awalnya terdiri daripada latihan dalam "mata pelajaran Islam tradisional". Pada tahun 1884-5 dia pertama kali terdedah kepada al-`Urwa al-wuthqa, jurnal Jamal al-Din al-Afghani dan Muhammad Abduh. Pada tahun 1897 dia meninggalkan Syria untuk pergi ke Kaherah untuk bekerjasama dengan Abduh. Pada tahun berikutnya, Rida melancarkan al-Manar, jurnal mingguan dan bulanan yang terdiri daripada ulasan Quran yang diusahakannya sehingga kematiannya pada tahun 1935, secara beransur-ansur menjauhkan diri dari ajaran Abduh dan mengamalkan Salafisme lebih dekat dengan Wahhabisme Saudi.