Ahmad Azam Ab Rahman
Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman D.S.P.N. | |
|---|---|
| Penasihat Khas Kementerian Luar Malaysia mengenai Afghanistan | |
| Menyandang jawatan 2021 | |
| Menteri |
|
| Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia | |
| Menyandang jawatan 2015 | |
| Didahului oleh | Siddiq Fadzil |
| Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia | |
| Dalam jawatan 1997–2005 | |
| Didahului oleh | Muhammad Nor Manuty |
| Digantikan oleh | Yusri Mohamad |
| Maklumat peribadi | |
| Anak | Ahmad Ammar Ahmad Azam |
Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman ialah seorang aktivis kemanusiaan di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Penasihat Khas Kementerian Luar Malaysia mengenai Afghanistan sejak 2021 sehingga 2022.
Beliau dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mewakili Malaysia, sejak 2019 hingga 2022, dan kemudian telah dilantik semula bagi penggal kedua, dari 2022-2025.
Beliau juga ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia dari 1997 hingga 2005. Beliau kini merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang ke-2.