Son Na-eun

Son Na-eun
Naeun pada tahun 2019
Kelahiran
Son Na-eun

(1994-02-10) 10 Februari 1994
Seoul, Korea Selatan
PendidikanUniversiti Dongguk – Jabatan Teater dan Filem
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penyanyi
Tahun aktif2011–kini
EjenYG Entertainment
Kerjaya muzik
GenreK-pop
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanIST Entertainment
Kegiatan berkaitanApink
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanSon Na-eun
McCune–ReischauerSon Naŭn

Son Na-eun (Korea손나은; lahir 10 Februari 1994), atau lebih dikenali sebagai Naeun, ialah seorang pelakon dan penyanyi Korea Selatan. Beliau mendapat populariti setelah debut sebagai ahli kumpulan wanita Korea Selatan, Apink. Selain daripada aktiviti kumpulannya, Naeun juga pernah membintangi pelbagai siri televisyen seperti The Great Seer (2012), My Kids Give Me a Headache (2012-2013 ), Seconds 20s (2015), Cinderella with Four Knights (2016), The Most Beautiful Goodbye (2017), Dinner Mate (2020), Ghost Doctor (2022) dan Agency (2023).

Pada April 2021, Naeun telah meninggalkan IST Entertainment dan kekal sebagai ahli Apink sehingga 8 April 2022 sebelum menarik diri daripada kumpulan itu. Tidak lama selepas meninggalkan IST, dia menyertai YG Entertainment sebagai pelakon.