Tajikistan

Republik Tajikistan
ريڤوبليك تاجيکيستن
Ҷумҳурии Тоҷикистон
Jumhurii Tojikiston
Bendera Jata
Cogan kataTiada
Lagu kebangsaanSurudi Milli
Ibu negaraDushanbe
38°33′N 68°48′E / 38.550°N 68.800°E / 38.550; 68.800
Bandar terbesarIbu negara
Bahasa rasmiTajik
DemonimOrang Tajik
KerajaanKesatuan, republik berpresiden
• Presiden
Emomalii Rahmon
• Perdana Menteri
Oqil Oqilov
Kemerdekaan
• Penubuhan Empayar Samanid
875
• Diisytiharkan
9 September 1991
• Dilengkapkan
25 Disember 1991
Keluasan
• Jumlah
143,100 km2 (55,300 bt2) (ke-95)
• Perairan (%)
0.3
Populasi
• Perkiraan 2019
7,123,8741 (1001)
• Bancian Penduduk 2000
6,127,000
45/km2 (116.5/sq mi) (151)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$16.43 billion
$2,306
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$4.344 billion
$609
HDI (2019)0.701
tinggi · ke-127
Mata wangSomoni
(TJS)
Zon waktuUTC+5 (TJT)
Kod panggilan+992
Kod ISO 3166TJ
DPT internet.tj
  1. Estimate from State Statistical Committee of Tajikistan, 2006; rank based on UN figures for 2005.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"

Tajikistan, secara rasmi bernama Republik Tajikistan, ialah sebuah negara dikelilingi daratan dan bergunung-ganang terletak di rantau Asia Tengah. Negara ini bersempadan dengan Afghanistan di selatan; Uzbekistan di barat; Kyrgyzstan di utara, dan China di timur. Tajikistan juga terletak bersebelahan dengan Pakistan, tetapi kedua-dua negara ini dipisahkan oleh koridor Wakhan.

Republik Tajikistan merupakan tempat asal orang-orang Tajik yang berkongsi budaya dan sejarah dengan orang-orang Iran, dan bertutur dalam bahasa Tajik yang amat berkait dengan bahasa Parsi. Negara ini yang pada satu ketika merupakan tempat Empayar Samanid yang terkenal, kemudian menjadi salah satu republik Kesatuan Soviet pada abad ke-20, dan dikenali sebagai Republik Sosialis Soviet Tajik.

Bagaimanapun, selepas kemerdekaan, Tajikistan mengalami perang saudara yang mengakibatkan kemusnahan, dan yang berlangsung sejak tahun 1992 sehingga 1997. Sejak keakhiran perang ini, kestabilan politik dan bantuan asing telah membenarkan ekonomi negara ini untuk bertumbuh. Sumber-sumber semula jadinya seperti kapas dan aluminium telah amat menyumbang kepada kemajuannya yang tetap.