X FM

XFM
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia
Slogan
  • Di Sini Bermulanya Muzik Malaysia Terbaru (2004–2008)
  • Berdiri Di Belakang Bunyi Baru Muzik Malaysia (2009–2010)
  • Muzik Malaysia Terbaru Anda (2011–2012)
FrekuensiBerbeza-beza bergantung kepada kawasan (lihat Frekuensi)
Tarikh siaran pertama28 September 2004 (2004-09-28)
FormatRadio kontemporari dewasa
Tarikh siaran terakhir9 Julai 2012 (2012-07-09)
Bahasa
PemilikAstro Radio
Saluran kembarHitz FM, Mix FM, Lite FM, Sinar FM, My FM, Melody FM, Era FM, THR Gegar dan THR Raaga

XFM ialah sebuah stesen radio di Malaysia yang terkenal kerana hanya memutarkan lagu-lagu Malaysia. Nama asal stesen radio ini adalah XFresh FM, walaupun telah bertukar nama kepada XFM pada Ogos 2008, namun penggunaan nama XFresh dalam logo diteruskan sehingga pertengahan 2009. Stesen ini menyasarkan pendengar remaja. XFM dilancarkan di corong FM pada 28 September 2004 setelah lama hanya berkumandang di Astro Radio dan DVR Player juga dikenali sebagai Digital Visual Radio di bawah nama Varia merupakan salah satu komponen kepada jenama portal web remaja XFresh yang merupakan naungan AMP Radio Networks. Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Malaysia Terbaru Anda". XFM bersiaran secara online bermula pada 9 Julai 2012, frekuensi dan slot di Saluran Astro 858 diambil-alih oleh stesen radio berbahasa Cina, Melody FM.