Hitz (stesen radio)

HITZ
Ibu pejabat HITZ di All Asia Broadcast Centre, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
BandarKuala Lumpur
NegaraMalaysia
Kawasan penyiaran
SloganMalaysia's #1 Hit Station
RDSHITZ
Tarikh siaran pertama
  • 1 Jun 1996 (1996-06-01) (Hitz Semenanjung)
  • 2010 (2010) (Hitz Sabah & Sarawak)
Tarikh siaran terakhir1 Oktober 2023 (2023-10-01) (Hitz Sabah & Sarawak)
BahasaInggeris
Nama terdahulu
  • Hitz.FM
    (2001 - 2014)
  • Hitz FM
    (2014 - 2017)
SekutuAstro Radio
PemilikAstro Malaysia Holdings Berhad
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/hitz
Tapak webhitz.syok.my

Hitz (juga dikenali sebagai Hitz FM dan digayakan sebagai hitz) ialah sebuah stesen radio Malaysia dalam bahasa Inggeris tempatan yang dipancarkan siarannya di seluruh negara di bawah pengurusan Astro Radio, sebuah anak syarikat Astro Malaysia Holdings. Memainkan muzik hit antarabangsa terkini dan terbaik untuk pendengar berumur 10 tahun hingga 29 tahun, Hitz merupakan memainkan pelbagai muzik dari rock dj sebahgian KPOP-berBahasa Inggeris muzik, saluran berBahasa Inggeris di Malaysia yang paling tertinggi dari segi jumlah pendengar. Ia merupakan stesen radio milik Astro berbahasa Inggeris yang pertama di Malaysia sebelum Mix FM dan Light & Easy.

Sejak Januari 1997, saluran ini dikenali sebagai Hitz FM. Kemudian pada Januari 2001, tanda noktah diletakkan & menjadikan hitz.fm, bukan saja merujuk kepada nama radio malah juga laman webnya www.hitz.fm (kini dikenali sebagai hitz.com.my). Pada Januari 2014, hitz.fm kembali kepada nama asalnya, manakala akhiran FM digugurkan pada 1 Januari 2018 sepertimana stesen Astro Radio yang lain untuk menumpu kepada platform digital.