My (stesen radio)
Ibu pejabat My di All Asia Broadcast Centre, Bukit Jalil, Kuala Lumpur | |
| Bandar | Kuala Lumpur |
|---|---|
| Kawasan penyiaran |
|
| Slogan | MY 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!) |
| Tarikh siaran pertama |
|
| Tarikh siaran terakhir | 1 Oktober 2023 (MY Sabah & Sarawak) |
| Bahasa | Bahasa Mandarin (Utama) Bahasa Kantonis (Utama) |
| Pengenal terdahulu | My FM (1 Ogos 1998 - 31 Disember 2017) |
| Pemilik | Astro Radio |
| Saluran kembar | |
| Siaran web | audio1 |
| Tapak web | my |
MY (dahulu dikenali sebagai My FM, juga digayakan sebagai MY) merupakan stesen berbahasa Cina di Malaysia yang mula bersiaran pada 1 Ogos 1998. Ia adalah stesen radio ketiga yang berbahasa Cina di Malaysia, dan stesen radio swasta bahasa itu yang kedua, selepas Redi-FM (sekarang 988) memulakan siaran pada Disember tahun sebelumnya, setelah sebelum ini menjadi stesen radio tiga bahasa. Ia menggantikan TalkRadio yang muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan September 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.