Mix (stesen radio)
Ibu pejabat MIX di All Asia Broadcast Centre, Bukit Jalil, Kuala Lumpur | |
| Bandar | Kuala Lumpur |
|---|---|
| Negara | Malaysia |
| Kawasan penyiaran | |
| Slogan | Today's Best Music |
| RDS | MIX |
| Tarikh siaran pertama | 1 Jun 1996 |
| Bahasa | Inggeris |
| Nama terdahulu | Mix FM (1996 - 2017) |
| Sekutu | Astro Radio |
| Pemilik | Astro Malaysia Holdings Berhad |
| Saluran kembar | |
| Siaran web | audio1 |
| Tapak web | mix |
Mix (dahulu dikenali sebagai Mix FM) merupakan stesen radio berbahasa Inggeris di bawah pengurusan Astro Radio, anak syarikat bahagian radio Astro. Radio ini memainkan pelbagai muzik dari dj rock tahun 1990-an hingga kini dengan catuan 80% muzik lama & 20% muzik baru (dalam tempoh setahun lepas). Ia merupakan stesen radio milik Astro berbahasa Inggeris yang kedua di Malaysia selepas Hitz FM dan sebelum Light & Easy.
Hasil kajian pendengar radio oleh Nielsen Media Research yang dikeluarkan pada 2008, MIX menjadi radio Inggeris No. 2 di Malaysia, dan mempunyai pendengar radio berpendapatan tinggi dengan 70 peratus pendengarnya daripada keluarga berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan, dan 80 peratus adalah pendengar 'urban'.