XX Ray III
| XX Ray III | |
|---|---|
| Pengarah | Aziz M. Osman |
| Penulis | Aziz M. Osman |
| Lakon layar | Aziz M. Osman |
| Dihasilkan oleh | Lily Lokman |
| Dibintangi | |
| Sinematografi |
|
| Disunting oleh | Aziz M. Osman |
| Muzik oleh | Trabye |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Empire Film Solutions |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 109 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM 1 juta |
| Pecah panggung | RM 56,932 |
XX Ray III merupakan sebuah filem cereka sains Malaysia 2019 arahan dan skrip oleh Aziz M. Osman. Kesinambungan bagi filem XX Ray II (1995) dan filem terakhir dalam trilogi XX Ray, ia merupakan filem XX Ray yang pertama dalam tempoh 24 tahun, dibintangi oleh Izzue Islam, Nonny Nadirah, Adam John, Ardell Aryana dan Dazrin Kamarudin. Filem ini mengisahkan tentang tiga remaja yang cuba menghentikan kegiatan seorang hartawan muda daripada menggunakan prob untuk mensabotaj Kerajaan Malaysia tanpa menyedari ia boleh memusnahkan keseluruhan sistem suria. Penggambaran dijalankan pada 2015 di Melaka, Johor dan Jordan. XX Ray III ditayangkan pada 24 Januari 2019, menerima ulasan negatif daripada pengkritik filem dan menjadi kegagalan komersial apabila hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM 56,000.