XX Ray II

XX Ray II
Poster keluaran tayangan
PengarahAziz M. Osman
Penulis
  • Aziz M. Osman
  • Jailani Salehan
Lakon layarAziz M. Osman
Dihasilkan olehRuhani Abdul Rahman
Dibintangi
SinematografiBade Hj. Azmi
Disunting olehAziz M. Osman
Muzik olehAzman Abu Hassan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 25 November 1995 (1995-11-25) (Malaysia)
Masa tayangan
103 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM 1.5 juta
Pecah panggungRM 1.5 juta

XX Ray II ialah sebuah filem pengembaraan cereka sains Malaysia 1995 arahan Aziz M. Osman dengan skrip ditulis bersama oleh Aziz dan Jailani Salehan. Ia merupakan filem kedua dalam trilogi XX Ray dan dibintangi oleh Aziz sendiri bersama Lydiawati, Ida Nerina, Jalaluddin Hassan, Osman Kering dan Azmil Mustapha. Filem ini berkisarkan tentang seorang saintis kadet di pusat sains yang mendakwa bahawa dia mencipta mesin pelupusan laser, tetapi ia sebenarnya adalah hasil idea rakan pelajar. Kesinambungan dari filem XX Ray (1992), filem ini ditayangkan pada 25 November 1995 dan menerima pelbagai ulasan positif daripada pengkritik filem. Siri televisyen susulannya, Misi XX-Ray disiarkan di TV3 pada 2006, manakala kesinambungan filem ini, XX Ray III ditayangkan pada 2019.