Izzue Islam

Izzue Islam
Izzue Islam pada April 2016.
Kelahiran
Muhammad Izzul Islam bin Mazlan

(1990-06-02) 2 Jun 1990
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2009–kini
PasanganAwin Nurin (k. 2013)
Kerjaya muzik
GenrePop
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanKRU Studios
Kegiatan berkaitanForteen (2011-2018)

Muhammad Izzul Islam Mazlan (lahir 2 Jun 1990) ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengacara lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya seninya dengan berlakon dan seterusnya nyanyian dengan menyertai kumpulan Forteen. Beliau mula dikenali selepas memenangi anugerah Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan Hero Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster 2. Namanya kian meningkat apabila diberikan tanggungjawab menggalas watak utama di dalam drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia!.