XX Ray (siri filem)
| XX Ray | |
|---|---|
| Pengarah | Aziz M. Osman |
| Penulis | Aziz M. Osman |
| Dihasilkan oleh |
|
| Sinematografi |
|
| Disunting oleh |
|
| Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan | |
Masa tayangan | 330 minit (1–3) |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
XX Ray ialah siri filem cereka sains Malaysia arahan Aziz M. Osman yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip, terbitan Nizarman. Ia terdiri daripada 3 filem cereka, bermula dengan tayangan filem pertama bertajuk sama pada 24 Disember 1992, kemudian diikuti dengan filem kedua yang ditayangkan pada 25 November 1995. Filem ketiga dan terakhir dalam francais ini, XX Ray III ditayangkan pada 24 Januari 2019 dan menjadi filem XX Ray pertama dalam tempoh 24 tahun selepas filem kedua. Kejayaan XX Ray turut membawa kepada penerbitan sebuah siri drama televisyen bertajuk Misi: XX-Ray.