Windows 11

Windows 11
Versi sistem pengendalian Windows NT
Menu mula Windows 11
Maklumat umum
Jenis sistemWindows NT (mul)
Keluarga sistemMicrosoft Windows
PembangunMicrosoft
Ditulis dalam
Model sumber
Keluaran awal5 Oktober 2021
Keluaran terkini10.0.26100.6584 (9 September 2025)
10.0.27943 (11 September 2025)
Tersedia dalam110 bahasa
Sasaran pemasaranKomputer peribadi
Didahului olehWindows 10 (2015)
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
  • Windows Update
  • Microsoft Store
  • Windows Server Update Services (WSUS)
Pengurus pakej Windows Package Manager (Winget), Microsoft Store, Windows Installer atau melalui pemasangan manual menggunakan fail .exe
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
x86-64, ARM64
Jenis intiKernel hibrid (Kernel Windows NT, Kernel Linux)
Ruang penggunaWindows API
.NET Framework
Universal Windows Platform
Windows Subsystem for Linux
Antara muka
pengguna
lalai
Windows shell (grafik)
LesenHak milik
Format fail
boleh dibaca
Pautan berkaitan
Tapak webhttps://www.microsoft.com/windows/windows-11
Tanda pagarWindows11
sunting · sunting di Wikidata

Windows 11 (nama kod: Sun Valley) ialah keluaran utama yang datang dari sistem operasi Windows NT yang dibangunkan oleh Microsoft. Sistem operasi ini menjadi penerus Windows 10. Windows 11 telah dikeluarkan pada 5 Oktober 2021, dan tersedia secara percuma kepada peranti Windows 10 yang memenuhi keperluan sistem Windows 11 yang baharu.

Windows 11 menampilkan antaramuka pengguna yang diperbaharui yang mengikuti pedoman Fluent Design Microsoft; dengan dominasi elemen lutsinar, bayangan, dan sudut membulat di seluruh antaramuka sistem. Menu Start direka semula, menghilangkan jubin di sisi kanan. Bilah tugas (taskbar) juga disederhanakan dan dipusatkan secara lalai. Task View, ciri-ciri baru yang diperkenalkan di Windows 10, menampilkan reka bentuk yang diperbaharui. Perubahan lain pada sistem termasuk ikon sistem baru, suara, dan widget. Sebahagian besar antaramuka dan menu hampir serupa dengan keluaran Windows 10X yang kini dibatalkan.