William Halsey Jr.

William Halsey Jr.
Nama lahirWilliam Frederick Halsey, Jr.
Nama samaran"Bull" Halsey (dalam media) "Bill" (bagi famili, sahabat, dan rakan sekerja tentera)
Kelahiran(1882-10-30)30 Oktober 1882
Elizabeth, New Jersey
Meninggal dunia16 Ogos 1959(1959-08-16) (umur 76)
Fishers Island, New York
Tempat BersemadiTanah Perkuburan Kebangsaan Arlington
Kesetiaan Amerika Syarikat
PerkhidmatanTentera Laut Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1904–1959
Pangkat Laksamana Armada
ArahanKapal USS Shaw
Kapal USS Wickes
Kapal USS Dale
Kapal USS Saratoga
NAS Pensacola
Divisyen 2 Kapal Pengangkut
Pasukan Petugas 16
Wilayah Pasifik Selatan
Armada Ketiga Amerika Syarikat
PertempuranPerang Dunia I
  • Pertempuran Atlantik Pertama

Perang dunia II

AnugerahNavy Cross

Navy Distinguished Service Medal
Army Distinguished Service Medal
Presidential Unit Citation
Mexican Service Medal
World War I Victory Medal
American Defense Service Medal
Asiatic-Pacific Campaign Medal

World War II Victory Medal

Laksamana Armada William Frederick Halsey, Jr., KBE (30 Oktober 30, 1882 – 16 Ogos 1959), dikenali sebagai Bill Halsey atau "Bull" Halsey, ialah seorang panglima perang terkenal dalam Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II. Beliau merupakan salah seorang dari empat individu yang pernah mencapai pangkat Laksamana Armada Tentera Laut AS, yang lain-lain adalah Ernest King, William Leahy, dan Chester Nimitz.

Dilahirkan di Elizabeth, New Jersey, Halsey mendapat ijazah dari Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1904. Beliau bertugas dalam Great White Fleet dan, semasa Perang Dunia I, memerintah kapal pembinasa USS Shaw. Beliau mengambil alih pemerintahan kapal pengangkut pesawat USS Saratoga pada tahun 1935 selepas menamatkan kursus dalam penerbangan laut, dan telah dinaikkan pangkat ke laksamana muda pada tahun 1938. Pada permulaan perang di Pasifik (1941–1945), Halsey memerintah pasukan petugas yang berpusat di kapal induk USS Enterprise (CV-6) dalam beberapa siri serangan terhadap sasaran milik Jepun.

Halsey telah dilantik Panglima, Kawasan Pasifik Selatan, dan memimpin tentera bersekutu di sepanjang Pertempuran untuk Guadalcanal (1942–43) dan pertempuran kepulauan Solomon (1942–45). Pada tahun 1943 beliau dijadikan Panglima Armada Ketiga, jawatan yang disandang sepanjang peperangan. Beliau mengambil bahagian dalam Pertempuran untuk Leyte Gulf, iaitu pertempuran laut terbesar dalam Perang Dunia Kedua dan, oleh beberapa kriteria, sebagai pertempuran laut terbesar dalam sejarah.