Laksamana Armada
Laksamana Armada ialah pangkat pegawai berbendera tertinggi dalam tentera laut di banyak negara, biasanya setaraf dengan Fil Marsyal, Marsyal Tentera Udara dan bersamaan dengan pangkat lima bintang lain walaupun kadang kala menjadi pangkat kehormat atau simbolik. Ia selalunya diberikan ketika waktu perang atau sebagai penghargaan atas kerjaya yang sangat cemerlang. Jika pada waktu aman ia biasanya tiada peranan operasi aktif, lebih kepada simbolik. Dalam negara beraja, kadang kala diberikan kepada ahli kanan kerabat diraja (contoh: Raja Charles III dan Putera Philip dari United Kingdom). Pangkat Laksamana Armada lazimnya lebih senior daripada pangkat Laksamana.
Ia juga merupakan istilah umum bagi laksamana kanan yang mengetuai sekumpulan besar kapal, yang terdiri daripada sebuah armada, atau dalam beberapa kes, sekumpulan armada. Jika ia merupakan satu pangkat rasmi, namanya boleh berbeza-beza mengikut negara. Selain "Fleet Admiral" dan "Admiral of the Fleet", nama-nama pangkat lain termasuk "Admiral of the Navy" dan "Grand Admiral".
| Pangkat pegawai Tentera Laut |
|---|
| Pegawai berbendera |
|
| Pegawai kanan |
|
| Pegawai muda |
|