Warung Sepahtu
Warung Sepahtu merupakan rancangan bual bicara santai yang digabungkan dengan sketsa komedi. Rancangan ini menggantikan program Sepahtu Reunion Live yang ditunda kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
| Warung Sepahtu | |
|---|---|
| Genre | Komedi Hiburan Bual Bicara |
| Pengarah | Annathurai S. Sathianathan (S1) Hj Hisyamuddin Hj Sehan (S2) |
Dibintangi oleh | Jep Sepahtu (S1-S2) Shuib Sepahtu (S1) Rahim Sepahtu (S1-S2) Pak Ya (S1-S2) Angah Raja Lawak (S2) |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bilangan musim | 2 |
| Bilangan episod | 22 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Sazilatul Ahamad |
| Penerbit | Lydia Emalia Ishak |
| Tempoh siaran | 45 minit |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Warna |
| Siaran asal |
|
| Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Sepahtu Reunion Live Mencari Sepahtu Yang Hilang Meja Bulat Sepahtu |
Rancangan ini diserikan dengan kehadiran artis jemputan yang berkongsikan tentang perjalanan bergelar anak seni. Rancangan ini juga diwarnai dengan tetamu jemputan yang viral di media sosial datang dari pelbagai latar belakang kerjaya kerja. Mereka berkongsikan pengalaman kerjaya mereka yang boleh dijadikan inspirasi kepada para penonton.Program ini disiarkan pada hari Khamis jam 9 malam di Astro Warna.