Ilya Buang
Ilya Buang | |
|---|---|
| Kelahiran | Ilya Buang bin Shaharum 15 November 1967 12 Syaaban 1387 |
| Nama lain | Pak Ya |
| Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi |
| Tahun aktif | 1995–kini |
| Anak-anak | 4 |
| Saudara | Yang Sherkawi Shaharum (abang) |
Ilya Buang bin Shaharum (lahir 15 November 1967) atau lebih dikenali sebagai Ilya Buang atau Pak Ya merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia yang lahir dari Sinaran Pasport Kegemilangan, sebuah program realiti TV3 yang diadakan pada tahun 1995. Pada ketika itu, Ilya merupakan anggota kumpulan Serba Salah yang turut dianggotai oleh Wahid Senario dan Hamdan Ramli.