Indera
Indera (Jawi: ايندرا , Sanskrit: इन्द्र, rumi: Indra) adalah suatu dewa disembah dalam agama-agama Hindu, Buddha dan Jain. Agama Hindu terutamanya menyembah dan menyanjungnya (melalui kitab Rig Veda) sebagai dewa langit, kilat petir, hujan ribut dan peperangan; malah juga ini penghulu segala dewa-dewi yang memerintah di alam angkasanya sama ada di Svarga atau berhampiran Gunung Meru. Kedudukan ini boleh dianggap setaraf dengan beberapa dewa yang disembah tamadun-tamadun purba lain seperti Jupiter, Zeus, dan Thor.
Agama Buddha menganggap Indera sebagai suatu dewa penjaga manakala agama Jain menganggapnya sebagai penunggu syurga tertinggi iaitu Saudharmakalpa.
Dewa ini sering digambarkan memegang senjata petir vajra dan menunggang seekor gajah putih bernama Airawata.