Akhil Hayy Rawa
Akhil Hayy Rawa | |
|---|---|
| Kelahiran | 5 November 1969 Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Nasyid |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 1986 |
| Kegiatan berkaitan | D'Riyadh |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Suami/isteri | Waheeda |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Ustaz Akhil Abdul Hayy merupakan seorang penyanyi Nasyid yang aktif di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 November 1969 di Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak, Malaysia. Ustaz Akhil Hayy menyampaikan lagu-lagu Melayu. Beliau juga merupakan penceramah yang terkenal di Malaysia
Sebagai seorang pendakwah, beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Akhil. Semasa zaman remaja, Ustaz Akhil merupakan salah seorang anggota kumpulan rock di Malaysia. Kumpulan tersebut diberi nama D'Riyadh. Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran "Ustaz Rock" kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.
Seperti Nasyid Legenda pertama, album pada waktu itu juga menampilkan semula lagu-lagu malar segar yang pernah dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan nasyid popular tanhair seperti Al-Jawaher, El-Suraya, Al-Mizan dan yang seangkatan dengannya.