Bienda

Bienda
Bienda pada 2008.
Kelahiran
Nor Razlinda binti Razli

(1985-11-22) 22 November 1985
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio, usahawan, duta
Tahun aktif1997–kini
PasanganKamarul Zariman Abd Rahman (k. 2010)
Anak-anak2
Ibu bapaSheeda (ibu)

Nor Razlinda Razli (lahir 22 November 1985) atau lebih dikenali sebagai Bienda ialah seorang penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio dan duta yang terkenal di Malaysia. Beliau ialah anak kedua daripada tiga adik-beradik dan ibunya merupakan penyanyi dangdut yang terkenal pada era 1990-an iaitu Sheeda dan bapanya pula merupakan gitaris utama kumpulan Desire iaitu Razli Hussain. Tambahan pula, Bienda juga merupakan anak saudara kepada pelakon terkenal sekitar awal era millenium 2000-an iaitu Norseha Hameed. Di samping meniti arus populariti sebagai anak seni, artis versatil ini pernah diangkat sebagai ikon fesyen sehingga menjadi ikutan ramai gadis disebabkan imej hijab serta gaya penampilannya yang begitu gypsy. Tidak kurang juga Bienda turut terkenal dengan gelaran Puteri Pop Etnik oleh kelab peminatnya, BiendaLovers, dek kerana mempunyai kelunakan vokal dan lenggok vokal yang tersendiri dalam menyanyikan lagu-lagu irama muzik etnik bernuansa Arab dan padang pasir.