Undang-undang Indonesia

Undang-undang Indonesia (Indonesia: hukum di Indonesia) berdasarkan sistem undang-undang sivil, saling bercampur dengan undang-undang adat tempatan dan undang-undang Belanda Rom. Sebelum kehadiran dan penjajahan Belanda bermula pada abad ke-16, kerajaan peribumi memerintah kepulauan tersebut dengan bebas dengan undang-undang adat sendiri, yang dikenali sebagai adat (peraturan tradisional tidak bertulis yang masih dipatuhi dalam masyarakat Indonesia). Pengaruh asing dari India, China dan Timir Tengah tidak hanya mempengaruhi budaya terapi juga undang-undang adat yang sudah menjadi kelaziman. Contohnya, orang Aceh di Sumatra mematuhi undang-undang syariah mereka, manakala kelompok etnik seperti Toraja di Sulawesi masih mengikuti undang-undang adat animisme.