Pilihan raya umum di Indonesia

Pilihan raya umum di Indonesia atau istilah rasminya "pemilihan umum" (umumnya disingkatkan kepada "pemilu") diadakan untuk memilih dan melantik Presiden-presiden Indonesia / Presiden Republik Indonesia serta juga anggota-anggota yang bakal menduduki Dewan Perwakilan Rakyat dan Dewan Perwakilan Daerah. Kedua-dua Presiden dan anggota-anggota DPR dipilih untuk tempoh lima tahun. Politik Indonesia

Dewan Perwakilan Rakyat dipilih melalui perwakilan berkadar daripada calon kawasan pilihan raya. Oleh sebab Indonesia mengamalkan sistem berbilang parti, tiada sebarang parti tunggal yang biasanya dapat benar-benar mencapai kemenangan dan oleh itu, parti-parti politik harus bekerjasama untuk membentuk kerajaaan campuran.

Umur mengundi di Indonesia sekurang-kurangnya 17 tahun. Pada sepanjang sejarah Indonesia, Indonesia telah mengadakan sebelas pilihan raya umum, iaitu pada tahun 1955, 1971, 1977, 1982, 1987, 1992, 1997, 1999, 2004, 2009 dan 2014: