Undang-undang sivil (sistem perundangan)
Undang-undang sivil (juga Ind. hukum sipil) adalah sistem perundangan yang diilhami dari undang-undang Romawi dengan ciri ditulis dalam suatu kumpulan, dikodifikasi, dan tidak dibuat oleh hakim.
Secara konsep, sistem ini merupakan sekumpulan gagasan dan sistem perundangan yang berasal dari Kodeks Justinianus, namun juga banyak dipengaruhi oleh undang-undang Jermanik Awal, undang-undang gereja, undang-undang feudal, praktik lokal, serta kecenderungan doktrinal seperti undang-undang kodrat, kodifikasi, dan positifisme undang-undang.
Undang-undang ini bersifat abstrak. Asas-asas umum dirumuskan, dan perbezaan antara undang-undang substantif dengan prosedural ditekankan. Dalam sistem ini legislasi dipandang sebagai sumber undang-undang utama, dan sistem pengadilannya biasanya tidak terikat dengan pendahulu (stare decisis) dan terdiri dari petugas-petugas yudisial terlatih dengan kekuasaan penafsiran undang-undang yang terbatas.
Prinsip undang-undang sivil adalah menyediakan kumpulan undang-undang yang tertulis dan dapat diakses kepada semua penduduk. Sistem ini merupakan sistem perundangan yang paling banyak digunakan di dunia, kurang lebih di sekitar 150 negara. Penjajahan menyebabkan sistem perundangan ini tersebar di serata dunia termasuk di Amerika Latin serta sebahagian Asia dan Afrika.
Sumber undang-undang utama dalam sistem ini adalah undang-undang yang merupakan kumpulan pasal-pasal sistematik yang saling berhubungan yang disusun berdasarkan subjek dan yang menjelaskan asas-asas perundangan, hak, kewajiban, dan mekanisme undang-undang dasar. Undang-undang biasanya dibuat oleh suatu badan perundangan.