Joko Widodo

Joko Widodo
ꦗꦏ​ꦮꦶꦢꦢ
DK (Brunei)
Potret rasmi, 2019
Presiden Indonesia ke-7
Dalam jawatan
20 Oktober 2014 – 20 Oktober 2024
Naib PresidenJusuf Kalla
(2014–2019)
Ma'ruf Amin
(2019–2024)
Didahului olehSusilo Bambang Yudhoyono
Digantikan olehPrabowo Subianto
Gabenor Jakarta ke-14
Dalam jawatan
15 Oktober 2012 – 16 Oktober 2014
TimbalanBasuki Tjahaja Purnama
Didahului olehFauzi Bowo
Digantikan olehBasuki Tjahaja Purnama
Datuk Bandar Surakarta ke-15
Dalam jawatan
28 Julai 2005 – 1 Oktober 2012
TimbalanF. X. Hadi Rudyatmo
Didahului olehSlamet Suryanto
Digantikan olehF. X. Hadi Rudyatmo
Maklumat peribadi
Lahir
Mulyono bin Notomiharjo
ꦩꦸꦭꦾꦤ​ꦧꦶꦤ꧀​ꦤꦠꦩꦶꦲꦂꦗ

(1961-06-21) 21 Jun 1961
Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia
KewarganegaraanIndonesia
PasanganIriana (k. 1986)
AnakGibran Rakabuming Raka
Kahiyang Ayu
Kaesang Pangarep
Ibu bapa
  • Widjiatno Notomiharjo (1940 - 2000) (bapa)
  • Sudjiatmi (1943 - 2020) (ibu)
KediamanSurakarta (peribadi)
Tempat belajarUniversitas Gadjah Mada
PekerjaanAhli politik
Tandatangan
Laman webLaman web presiden

Dato Laila Utama Ir. Haji Joko Widodo (bahasa Jawa: ꦗꦏ​ꦮꦶꦢꦢ, translit. Jåkå Widådå, lahir 21 Jun 1961) atau juga dikenali umum sebagai Jokowi atau Mulyono (bahasa Jawa: ꦗꦏ​ꦮꦶ) ialah seorang ahli politik Indonesia yang kini menyandang jawatan sebagai Presiden negara tersebut ke-7 sejak tahun 2014 sehingga tahun 2024. Beliau menganggotai Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P). Sebelum menjadi presiden, beliau berkhidmat sebagai Gubernur Daerah Khusus Ibukota Jakarta dari tahun 2012 hingga tahun 2015 dan sebagai datuk bandar Surakarta dari tahun 2005 hingga tahun 2012. Jokowi terkenal sebagai presiden pertama Indonesia yang tidak berasal apatah lagi dilantik dari kalangan elit politik atau ketenteraan negara itu.

Jokowi dilahirkan dan dibesarkan di kawasan setinggan tepi sungai di Surakarta. Beliau menamatkan pengajian di Universitas Gadjah Mada pada tahun 1985. Beliau berkahwin dengan isterinya, Iriana, setahun kemudian. Sebelum menjadi Wali Kota Bandar Surakarta pada tahun 2005, beliau bekerja sebagai tukang kayu dan pengeksport perabot. Beliau mendapat pengiktirafan negara semasa menjadi Datuk Bandar. Pada tahun 2012, beliau dipilih sebagai gabenor Jakarta bersama Basuki Tjahaja Purnama sebagai timbalannya. Sebagai gabenor, beliau menambah baik politik tempatan, memperkenalkan pemeriksaan mengejut yang dikenali sebagai lawatan blusukan, dan meningkatkan birokrasi bandar sambil mengurangkan rasuah. Beliau juga melaksanakan program untuk meningkatkan kualiti hidup, termasuk penjagaan kesihatan sejagat dan mengorek sungai utama bandar untuk mengurangkan banjir. Selain itu, beliau memulakan pembinaan sistem kereta bawah tanah di bandar itu.

Pada tahun 2014, Jokowi dicalonkan sebagai calon PDI-P untuk pilihan raya presiden, dengan Jusuf Kalla sebagai calon naib presiden. Beliau memenangi pilihan raya tersebut dan mengangkat sumpah pada 20 Oktober 2014. Sejak memegang jawatan, Jokowi menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan infrastruktur, kesihatan, dan pendidikan. Dari segi dasar luar, pentadbirannya telah menekankan kepentingan kedaulatan Indonesia, termasuk menenggelamkan kapal nelayan asing haram dan mengutamakan hukuman mati bagi penyeludup dadah, walaupun mendapat bantahan daripada kuasa asing seperti Australia dan Perancis. Beliau memenangi pilihan raya pada tahun 2019 untuk penggal kedua, menewaskan Prabowo Subianto, rakannya sendiri, sekali lagi.