U Mobile
| Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
|---|---|
| Industri | Telekomunikasi mudah alih |
| Ditubuhkan | 29 Ogos 1991 (sebagai MiTV Networks Sdn Bhd) |
| Pengasas | Tan Sri Vincent Tan |
| Ibu pejabat | Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tokoh penting | Wong Heang Tuck (CEO) |
| Keluaran | |
| Pemilik |
|
| Bilangan kakitangan | 700+ |
| Syarikat induk |
|
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
U Mobile Sdn. Bhd. ialah penyedia perkhidmatan 5G terbaru di Malaysia yang diasaskan pada tahun 29 Ogos 1991 sebagai MiTV Networks Sdn Bhd, U Mobile ialah anak syarikat milikan penuh OK Vision.
Dengan menggunakan awalan 018 dan 011-1 yang diperuntukkan kepada pertubuhan ini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) , U Mobile bertujuan memperkaya hidup para pengguna dengan menjadikan komunikasi, hiburan dan maklumat lebih mudah dicapai dengan teknologi canggih melalui satu landasan yang mudah dan sentiasa ada.
Selain menawarkan telefon dan data mudah alih, U Mobile berniat untuk menjadi penyedia perkhidmatan televisyen sejati yang terulung di Malaysia dengan perkhidmatan Mobile LiveTV™nya START 203 yang menggunakan teknologi Penyiaran Video Digital – Mudah Alih (DVB-H) yang diterima antarabangsa . U Mobile menjalankan percubaan pengguna perkhidmatan telefon dan Mobile LiveTV™SGKI 027 pada akhir 2007.
U Mobile mendirikan ibu pejabat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia.