Berjaya Times Square

3°08′32″N 101°42′38″E / 3.142182°N 101.710605°E / 3.142182; 101.710605

Berjaya Times Square
Berjaya Times Square dipandang dari Jalan Imbi
LokasiImbi, Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh pembukaanOktober 2003
PemajuBerjaya Group
PengurusanBerjaya Group
PemilikBerjaya Group
Bil. gedung dan perkhidmatan1,000+
Bil. penyewa utama3, Hero Market, 7-Eleven dan Berjaya Times Square Theme Park
Keluasan lantai peruncitan700,000 m²
Bil. tingkat13

Berjaya Times Square KL ialah bangunan yang mengandungi pusat beli-belah yang besar dan dua buah hotel bertaraf lima bintang, yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. BTS dibuka pada Oktober 2003.

BTS digelar sebagai sebuah ‘bangunan yang dibina dalam satu fasa yang terbesar di dunia’, yang merangkumi keluasan lantai keseluruhan sebanyak 700,000 m². BTS bakal menjadi mercu tanda utama yang giat dengan membeli-belah, penginapan mewah, perniagaan, makanan dan hiburan.

Sekarang, BTS mengandungi lebih daripada 1000 kedai runcit khusus, 1200 bilik servis mewah, serta 65 kedai makan untuk memenuhi citarasa semua, termasuk sekali taman tema dalaman terbesar di Asia, Berjaya Times Square Theme Park. Kedai-kedai masyhur yang lain termasuk Hero Market, 7-Eleven dan lain-lain lagi.

Stesen Monorel Imbi dihubungkan dengan bangunan BTS melalui jejantas.