Telefon

Telefon (Jawi: تيليفون) ialah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaannya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat dan secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui isyarat elektrik dipancarkan mikrofon yang menyambut suara seorang pemanggil melalui jaringan telefon rumit yang diterima dan ditukarkan kembali kepada gelombang suara pada penerima seorang pengguna telefon lain yang mendengar.

Terdapat telefon awam yang mengutip sedikit bayaran bergantung kepada tempoh penggunaan bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon. Jenis telefon mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana yang muncul di pasaran sejak tahun 1983.