Pagar Ruyung
Pagar Ruyung Dārul Qarār Pagar Ruyung Malayapura | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1347–1833 | |||||||||
| |||||||||
| Ibu negara | Pagar Ruyung | ||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Minang, bahasa Melayu, Sanskrit | ||||||||
| Agama | Islam Sunni | ||||||||
| Kerajaan | Monarki | ||||||||
| Maharajadiraja - Sultan - Yang dipertuan Pagar Ruyung Raja Kecik | |||||||||
| Sejarah | |||||||||
• - | 1347 | ||||||||
• Perang Padri | 1833 | ||||||||
| Mata wang | - | ||||||||
| |||||||||
- | |||||||||
Kesultanan Pagar Ruyung (juga Pagarruyung atau Pagaruyung) ialah sebuah Kerajaan Melayu lama yang pernah wujud sebagai pusat pemerintahan raja-raja Minangkabau.
Kerajaan ini meliputi provinsi Sumatera Barat sekarang dan daerah-daerah di sekitarnya. Nama kerajaan ini dirujuk daripada Tambo yang ada pada masyarakat Minangkabau, iaitu nama sebuah negeri yang bernama Pagaruyung, Tanjung Emas di Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia, dan juga dapat dirujuk daripada inskripsi cap mohor Sultan Tangkal Alam Bagagar dari Pagar Ruyung, iaitu dalam tulisan Jawi dalam lingkaran yang mana bahagian dalamnya tertulis seperti berikut: Sultan Tangkal Alam Bagagar ibnu Sultan Khalīfatullāh yang mempunyai takhta kerajaan dalam negeri Pagar Ruyung Dārul Qarār Johan Berdaulat Zillullāh fīl 'Ālam. Kerajaan ini runtuh ketika Perang Padri, setelah ditandatanganinya perjanjian antara Kaum Adat dengan pihak Belanda yang menjadikan kawasan Kerajaan Pagar Ruyung berada dalam pengawasan Belanda.
Sebelum kerajaan ini bergabung bersama Malayapura, sebuah kerajaan yang wujud ketika era Prasasti Amoghapasa, disebutkan ia dipimpin oleh Adityawarman, yang mengukuhkan dirinya sebagai penguasa Bhumi Malayu di Suwarnabhumi. Termasuk pula di dalam Malayapura ialah kerajaan Dharmasraya dan beberapa kerajaan atau daerah taklukan Adityawarman yang lain.
Pagar Ruyung masa kini juga turut merujuk kepada sebuah perkampungan di subdaerah Tanjung Emas di Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.