Town Boy

Town Boy
Kulit depan cetakan ketujuh belas (2007).
Umum
PengarangLat
NegaraMalaysia
BahasaInggeris, dengan sedikit campur aduk Melayu, Mandarin dan Tamil
GenreKomik autobiografi
Penerbitan
PenerbitBerita Publishing
Tarikh penerbitan
Ogos 1981
Jenis media
Cetakan
Halaman190 ms (edisi pertama)
Kawalan kewibawaan
OCLC849821079
741.59595
Kronologi
Kampung Boy Kampung Boy: Yesterday and Today

Town Boy (Melayu: Budak Bandar) ialah sebuah novel grafik autobiografi karya kartunis Malaysia, Lat, yang berkisarkan tentang zaman remaja Lat di Ipoh sepanjang 1960-an, merangkumi persekolahannya, persahabatannya dengan Frankie, seorang budak berketurunan Cina yang tinggal di dalam rumah kedai, serta pencarian teman cintanya sebagai tema-tema utama dalam buku ini yang diakhiri dengan pertemuan terakhir Lat dengan Frankie di stesen keretapi Ipoh sebelum Frankie berlepas ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat A-Level.

Diterbitkan pada tahun 1981 oleh Berita Publishing, ia merupakan kesinambungan daripada Kampung Boy (Budak Kampung; 1979) dan merupakan satu kejayaan komersial dan kritis. Diceritakan dalam bahasa Inggeris dengan sedikit campur aduk Melayu dan Mandarin, hasil karyanya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain, seperti Jepun dan Perancis, dan dijual di luar negara. Buku ini bersama pendahulunya, Kampung Boy, telah dicetak semula berbanyak kali di dalam dan luar negara, ia kemudian diikuti oleh terbitan turunannya, Kampung Boy: Yesterday and Today (Budak Kampung: Semalam dan Hari Ini) yang diterbitkan pada 1993.