Kampung Boy: Yesterday and Today
Kulit depan cetakan pertama (1993). | |||
| Umum | |||
|---|---|---|---|
| Pengarang | Lat | ||
| Negara | Malaysia | ||
| Bahasa | Inggeris | ||
| Genre | Komik autobiografi | ||
| Penerbitan | |||
| Penerbit | Berita Publishing | ||
Tarikh penerbitan | 16 Januari 1993 | ||
Jenis media | Cetakan | ||
| Halaman | 148 ms (edisi pertama) | ||
| Kawalan kewibawaan | |||
| OCLC | 932559358 | ||
| 741.59595 | |||
| Kronologi | |||
| |||
Kampung Boy: Yesterday and Today (Melayu: Budak Kampung: Semalam dan Hari Ini) ialah sebuah novel grafik autobiografi karya kartunis Malaysia, Lat, mengisahkan semula zaman kanak-kanak Lat seperti yang dipaparkan dalam Kampung Boy (Budak Kampung; 1979), tetapi kali ini mengetengahkan masa lapang dan kegiatan yang diamalkan oleh Lat sekeluarga dan kawan-kawannya. Buku ini menyaksikan Lat menggunakan semula latar Kampung Boy untuk membandingkan dan menyamakan perbezaan antara pengalaman zaman kanak-kanak Malaysia pada tahun 1950-an dan 1980-an. Diterbitkan pada tahun 1993 oleh Berita Publishing, ia merupakan terbitan turunan daripada Kampung Boy dan merupakan satu kejayaan komersial dan kritis. Edisi bahasa Jepun bagi buku ini telah diterbitkan pada tahun 1998.