Tiada Arah Jodoh Kita
| Tiada Arah Jodoh Kita | |
|---|---|
| Genre | |
Berdasarkan daripada | Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara |
| Ditulis oleh | Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil |
| Pengarah | Eoon Shuhaini |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Kau Takdirku" oleh Siti Nurhaliza |
| Lagu penutup | "Rahsia Tuhan" oleh Ippo Hafiz |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 28 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Hemanathan Paul |
| Penerbit | Zafran Aziz Fadhil Hamdan |
| Penyunting | Herman Shah Abd Hamid |
| Lokasi | Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 |
| Siaran asal | 13 Februari 2018 – 26 Mac 2018 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Kekasih Paksa Rela |
| Diikuti oleh | Zahir Tak Terucap |
Tiada Arah Jodoh Kita ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Aprena Manrose, Shukri Yahaya, Hafeez Mikhail dan Erwin Dawson. Diadaptasi dari novel 2016 dengan tajuk yang sama karya Ezza Mysara, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 13 Februari 2018 hingga 26 Mac 2018 menggantikan Kekasih Paksa Rela.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.