The Amazing Race Asia 3
| The Amazing Race Asia 3 | |
| Tayangan | 11 September 2008 – 20 November 2008 |
|---|---|
| Penggambaran | – |
| Bilangan episod | 11 |
| Pasukan menang | Vince & Sam |
| Benua dilawati | 1 |
| Negara dilawati | 6 |
| Bandar dilawati | 16 |
| Jarak perjalanan | 21,600 kilometer (13,422 batu) |
| Bilangan pusingan | 11 |
| Kronologi musim | |
| Sebelum | The Amazing Race Asia 2 |
| Kemudian | The Amazing Race Asia 4 |
The Amazing Race Asia 3 merupakan siri ketiga bagi rancangan realiti The Amazing Race Asia. Rancangan ini memaparkan sepuluh pasukan yang terdiri daripada dua orang ahli setiap satu, dalam perlumbaan mengelilingi dunia untuk memenangi $AS 100,000.
Musim kali ini mula ditayangkan pada 11 September 2008 dan mengandungi 11 episod, dua episod kurang daripada musim pertama dan kedua. Episod akhir pula disiarkan ke udara pada 20 November 2008.